Saturday, 25 May 2013
Terdapat beberapa jenis seni mempertahankan diri di negara ini. Antara seni mempertahankan diri yang ada di Malaysia ialah Silat, Silambam dan Wushu. Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Malaysia, Filipina, Brunei, Indonesia, danThailand. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar, berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.Silambam telah diwujudkan sebagai salah satu seni mempertahankan diri dalam kalangan orang India dan ini juga menjadi satu tradisi dalam kalangan orang India.
Fakta sejarah menunjukkan bahwa wushu Shaolin juga dipelajari rakyat sipil. Bahkan perguruan wushu Shaolin yang dulu dikenal sebagai Shaolin pay, kini telah menjadi institut wushu dengan nama Shaolin Wushu Institut di Henan (Shaolin sendiri sebenarnya adalah nama kuil) yang isinya adalah para akademisi dari dalam maupun luar Cina. Wushu gaya shaolin sekarang banyak menjiwai materi wushu internasional seperti chang quan, nan quan, dan sebagainya.
Sedangkan wushu gaya Butong dikembangkan masyarakat menjadi salah satu nomor wushu terpopular di dunia dengan nama taijiquan (tai chi). Jadi wushu sebenarnya adalah ilmu pengetahuan yang telah dikembangkan cukup lama, dan bukan ritual dari agama-agama tertentu seperti Budha dan Tao. Fakta sejarah yang memperkuat lainnya adalah gerakan Ming, yang terdiri dari para ahli wushu, tapi mereka bukan lembaga agama melainkan kumpulan cendikiawan. Fakta lain adalah kemunculan gerakan Taiping di akhir Dinasti Qing (Manchu) yang dipimpin Hung Xiu Quan. Kelompok pesilat Taiping ini adalah gerakan kaum pesilat Nasrani/Kristen, dengan peraturan dasar kelompok tersebut adalah Injil. Jadi jelas bahwa mempolemikkan wushu dengan cara mengidentikannya dengan agama tertentu, atau okultisme dan bertentangan dengan ajaran agama-agama tertentu, merupakan pemikiran yang sangat tidak tepat dan tidak bijaksana.
Silambam atau Silambattam atau Chilambam, merupakan seni bela diri Dravidian tradisi berasaskan pertempuran tongkat. Gaya ini dipercayai berasal dari Bukit Kurinji masa kini Kerala, 5,000 tahun dahulu, di mana penduduk tempatan menggunakan tongkat buluh bagi mempertahankan diri mereka dari haiwan buas. Sebagaimana penulisan Sangam, Bukit Kurinji merupakan salah satu dari lima pembahagian fisiografik dalam Tamilakam, yang kemudiannya dikenali sebagai Keralamselepas ketibaan Brahmin. Narikuravar dari Bukit Kurinji menggunakan tongkat yang dikenali sebagai Chilambamboo sebagai senjata bagi mempertahankan diri mereka daripada haiwan buas, dan juga bagi menunjukkan kemahiran mereka semasa perayaan keugamaan. SarjanaHindu dan ahli yogi yang pergi ke pergunungan Kurinji bagi bertafakur tertarik dengan pertunjukkan kemahiran tinggi memutar Chilambamboo.Salah satu hal yang menarik untuk diketahui ialah kaitan wushu dengan nama-nama yang cukup dikenal yaitu Shaolin pay, Butong pay dan sebagainya. Nama-nama tersebut memang dikenal di negeri Cina sebagai perguruan kungfu yang hebat di masa lalu. Nama-nama tersebut lebih mendunia lagi dikarenakan cerita-cerita silat dan film-film silat yang sebagian besar merupakan fiksi berlatarbelakang sejarah. Nama-nama tersebut memang lembaga keagamaan, yang mengajarkan wushu sebagai alat kesehatan dan beladiri bagi kelompok mereka, tetapi wushu tetaplah teknik beladiri yang kebetulan banyak dipengaruhi ciri-ciri kelompok mereka. Teknik tersebut bisa pula dipelajari orang-orang di luar kelompok mereka.
Fakta sejarah menunjukkan bahwa wushu Shaolin juga dipelajari rakyat sipil. Bahkan perguruan wushu Shaolin yang dulu dikenal sebagai Shaolin pay, kini telah menjadi institut wushu dengan nama Shaolin Wushu Institut di Henan (Shaolin sendiri sebenarnya adalah nama kuil) yang isinya adalah para akademisi dari dalam maupun luar Cina. Wushu gaya shaolin sekarang banyak menjiwai materi wushu internasional seperti chang quan, nan quan, dan sebagainya.
Sedangkan wushu gaya Butong dikembangkan masyarakat menjadi salah satu nomor wushu terpopular di dunia dengan nama taijiquan (tai chi). Jadi wushu sebenarnya adalah ilmu pengetahuan yang telah dikembangkan cukup lama, dan bukan ritual dari agama-agama tertentu seperti Budha dan Tao. Fakta sejarah yang memperkuat lainnya adalah gerakan Ming, yang terdiri dari para ahli wushu, tapi mereka bukan lembaga agama melainkan kumpulan cendikiawan. Fakta lain adalah kemunculan gerakan Taiping di akhir Dinasti Qing (Manchu) yang dipimpin Hung Xiu Quan. Kelompok pesilat Taiping ini adalah gerakan kaum pesilat Nasrani/Kristen, dengan peraturan dasar kelompok tersebut adalah Injil. Jadi jelas bahwa mempolemikkan wushu dengan cara mengidentikannya dengan agama tertentu, atau okultisme dan bertentangan dengan ajaran agama-agama tertentu, merupakan pemikiran yang sangat tidak tepat dan tidak bijaksana.
Pendidikan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dankebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.
Secara Logis
Pendidikan berawal sejak dalam kandungan sampai mati.Pendidikan sangat penting di masa yang akan datang dan membantu dalam mencari pekerjaan.
Pendidikan mungkin bermula sebelum lahir seperti diharap oleh sesetengah penjaga yang memainkan muzik dan membaca kepada bayi dalam kandungan dengan harapan ia akan berkesan (mengajar) bayi mereka sebelum kelahiran.
Sesetengah yang lain, pergelutan dan kejayaan kehidupan seharian adalah lebih bererti daripada persekolahan rasmi. Seperti kata Mark Twain: "Saya tidak pernah mengizinkan persekolahan menjejaskan pendidikan saya."
Ahli keluarga mempunyai kesan pembelajaran yang amat mendalam -- sering kali lebih mendalam dari yang disedari mereka -- walaupun pengajaran ahli keluarga berlaku secara tidak rasmi.
Kini, komputer banyak memainkan peranan yang penting dalam pendidikan, sama ada sebagai alat bantu mengajar (Internet dan CD-ROM) atau pun melalui pendidikan atas talian (pendidikan jarak jauh).

Rencana ini ialah mengenai sains perubatan dan praktis secara umum. Untuk bahan yang mengubat pesakit, sila lihat dadah, ubat dan farmakologi
Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Walaubagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara yang berkaitan doktor dan doktor bedah.
Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama seperti jawatan perubatan (profesi medis). Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem badan dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan manusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat penyakit.
Banyak sekolah rawatan tradisi yang tidak dikira sebagai perubatan (barat). Sistem rawatan maju selain perubatan Barat ialah Sekolah Ayurvedis (di India), dan perubatan Cina Tradisional. Rencana ini akan menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat).
Amalan perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat serta berbagai-bagai sains. Perubatan mempunyai hubungan terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan. Dalam konteks lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik, penyelidikan perubatan, pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan.
Amalan perubatan menggabungkan ilmu sains sebagai asas bukti dan juga seni dalam penggunaan pengetahuan perubatan ini dengan gerak hati dan pertimbangan klinikal untuk menentukan langkah perawatan bagi setiap pesakit.
Dalam sesuatu 'pertemuan perubatan', penyedia perkhidmatan kesihatan perlu:
mencetuskan sesuatu hubungan dengan pesakit
mengumpul data (riwayat perubatan, soal siasat sistem, pemeriksaan fizikal, serta kajian makmal atau pengimejan)
menganalisis dan mensintesis data (penilaian atau diagnosis berbeza)
menyediakan satu rancangan perawatan
merawat pesakit mengikut rancangan
menilai progres perawatan dan mengubah rancangan mengikut keadaan
Pertemuan perubatan itu pula direkodkan dalam rekod perubatan, yang merupakan dokumen undang-undang.A

Amalan perubatan

LATIHAN KATA KERJA
KATA KERJA
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
1. Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _______
sauh yang berat itu di muara sungai.
A menghulurkan C meletakkan
B melontarkan D melabuhkan
2. Kakak ________ erat pinggang ibu sewaktu berpayung
dalam hujan yang lebat itu.
A mencapai C menggarap
B menduduki D merangkul
3. Pendaki yang hilang semasa mendaki Gunung Ledang
telah _________ di kawasan hutan tebal di kaki bukit.
A terjumpa C berjumpa
B dijumpai D menjumpai
4. Pihak polis telah berjaya ________ kegiatan
penyeludupan di kawasan sempadan.
A menumbangkan C menewaskan
B menundukkan D menumpaskan
5.Hakisan tanah dapat dielakkan jika ________ hutan dikawal
oleh pihak kerajaan.
A penghapusan C penerokaan
B pembersihan D pembasmian
6.Pak Cik Amit ________ batang kayu itu untuk dijadikan
tiang rumahnya.
A mengikis C meraut
B menarah D mengupas
Pilih ayat kata kerja transitif yang betul.
7.
A Ali suka membaca buku.
B Dia pancing ikan di sungai.
C Ahmad tendang bola itu.
D Farid dan Ahmad baca cerita di perpustakaan.
8.
A Adik saya suka menangis.
B Air sungai itu mengalir deras.
C Ahli perniagaan itu dan keluarganya melancong ke
Turki.
D Puan Jamilah seorang guru yang rajin dan berdedikasi.
Pilih ayat kata kerja tak transitif yang betul .
9.
A Pak Mat sedang membelah kayu.
B Ruzila sedang memasak kuih.
C Noraini sedang makan buah rambutan.
D Datuk sedang tidur dengan nyenyak.
10.
A Jangan melompat.
B Dia lompat jauh.
C Dia senyum kepada saya.
D Ani bersalam dengan saya.
Pilih jawapan yang paling sesuai.
11. Anjing liar itu ________ seketul tulang.
A mengepit C menjamah
B mengonggong D memakan
12. Pak Amin kecewa kerana ________ oleh jurujual yang tidak
berdaftar itu.
A ditipu C ditegur
B disapa D dikunjungi
13. Dagu atuk luka terkena pisau semasa dia ________
janggutnya.
A mencabut C memotong
B mencukur D menggunting
14. Aina dan keluarganya sering ________ nenek tua yang
tinggal keseorangan di teratak buruk itu.
A melancong C menziarahi
B mendatangi D menemui
15. Beberapa orang pekerja wanita di restoran menjual
sate ________ daging pada lidi sebelum membakarnya.
A meraut C memasuk
B menjolok D mencucuk
16. Puan Syarifah seorang deklamator yang tersohor dan
sering diundang untuk ________ puisinya.
A menyanyikan C mengalunkan
B mempamerkan D mendendangkan
17. Piala kejohanan pertandingan hoki itu ________ oleh para
pemain Sekolah Kebangsaan Kampung Aman.
A diangkat C dipegang
B disambut D dijulang
18. Sekawan anak itik sedang _______ air di sebuah kolam
yang cetek.
A menyudu C menyodok
B meminum D mencedok
19. Beberapa buah gerabak kereta api ________ daripada
landasan akibat melanggar seekor gajah.
A tergelincir C terbabas
B tersangkut D tersangkut
20. Mak Cik Minah asyik ________ tikar mengkuang di bawah
pokok di tepi pondoknya.
A menenun C menyirat
B menganyam D menyulam
Friday, 24 May 2013
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar
iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
Nama Betul
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama
Khas.
Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan
nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak
bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut
sesuatu secara am atau umum.
|
Manusia , orang
|
ayah, perempuan,
kerani, polis, guru, doktor, askar dll
|
|
binatang
|
ayam, gajah, kerbau
anjing, kuda, burung, ikan dll
|
|
tumbuh- tumbuhan
|
pokok, betik, rumput,
lalang dll
|
|
benda
|
pasir, kayak, radio,
rumah. Motorkar, pen, buku, dll
|
|
tempat
|
pejabat, pulau,
sekolah, kampung, bandar, negeri dll
|
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang,
atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat
dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata
asal dan kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf
kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
|
Dia sedang menjinakkan
seekor gajah.
|
Pada akhir ayat
|
|
Gajah itu berbadan
besar.
|
Pada awal ayat
|
Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan
untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan
yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan
nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat,
judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang
tertentu, khusus atau khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo,
Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah,
Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak
Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah
Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah
ditulis dengan huruf besar.
|
manusia
|
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
|
|
binatang
|
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
|
|
tempat
|
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
|
|
bangunan
|
Pudu Raya (perhentian
bas dan teksi),
Menara Tun Razak
(pejabat)
|
|
judul buku
|
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
|
|
benda
|
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
|
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
|
Kegunaan
|
Kata Nama Am
|
Kata Nama Khas
|
|
Benda
|
bangunan
kereta
buku
sekolah
|
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
|
|
Orang
|
doktor
kerani
guru
budak lelaki
|
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
|
|
Binatang
|
kucing
lembu
katak
ayam
burung
|
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
|
|
Tempat
|
negeri
bandar
kampung
tasek
|
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
|
|
Tumbuhan
|
pisang
cili
jambu
limau
|
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi
|
Kata nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi
imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
di
awal kata ( awalan )
di
akhir kata ( akhiran )
di
awal dan di akhir kata ( apitan )
Sila teliti contoh-contoh imbuhan :
|
di
awal kata
|
pe- ,
pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
|
|
di
akhir kata
|
-ita,
-man, -wati, -an, dan -wan
|
|
di
awal dan di akhir kata
|
per-
-an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an
|
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama
terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
|
kelas kata
|
kata dasar
|
kata terbitan
|
|
kata kerja
|
peraga
latih
bawa
lawan
|
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan
|
|
kata sendi
|
oleh
untuk
|
perolehan
peruntukan
|
|
kata nama
|
lombong
rumah
guru
|
perlonbongan
perumahan
perguruan
|
|
kata adjektif
|
cantik
besar
tinggi
|
kecantikan
pembesar
ketinggian
|
TATABAHASA- PEMBENTUKAN AYAT (SINTAKSIS)
SINTAKSIS / PEMBENTUKAN AYAT
Ayat – sekumpulan perkataan yang mengandungi susunan tertentu dan makna yang
lengkap
- subjek/predikat tidak boleh berdiri sendiri
Ayat Biasa – mempunyai subjek di hadapan dan predikat di belakang
Contoh: 1. Suaranya agak nyaring
2. Pintu itu berkunci
Ayat Songsang –mempunyai predikat di hadapan dan subjek di belakang
Contoh:
1. Berkunci pintu itu.
2. Agak nyaring suaranya.
3. Sudah dibasuh pakaian itu.
4. Menangislah Suraya.
Ayat Dasar / Inti
– ayat yang menjadi dasar / sumber kepada pembentukan ayat-ayat lain
Pola Ayat-
FN + FN 1. Cik Zalina penulis novel cinta.
FN + FK 2. Ali meraung kesakitan.
FN + FS 3. Pejabat Ali terletak di pusat bandar.
FN + FA 4. Suara Siti merdu sekali.
Jenis-jenis Ayat
i. Ayat Penyata
- Perayaan Deepavali disambut oleh masyarakat India.
- Tempat itu sangat kotor dan berbau busuk.
ii Ayat Tanya
- Siapakah pemuda kacak itu? ( menggunakan kata partikel )
- Pemuda kacak itu siapa? ( tanpa kata partikel )
iii Ayat Perintah ( suruhan, silaan, permintaan dan larangan)
Ayat Suruhah
- Buang sampah itu.
- Awak boleh mula sekarang.
Ayat Silaan
- Sila penuhkak kerusi di depan.
- Jemputlah ke rumah.
Ayat Permintaan
- Harap anda semua bersabar.
- Tolong belikan saya buah limau.
- Minta kamu semua bertenang,
Ayat Larangan
- Jangan melawan cakap orang tua.
- Usah besarkan hal yang remeh ini.
iv Ayat Seruan
– diucapkan untuk menyatakan pelbagai perasaan dengan
menggunakan kata seru.
* Perasaan terkejut, cemas dan hairan
- Wah, sungguh jernih air di sungai ini!
- Eh, tinggi betul awak sekarang!
- Oh, jauh betul dia melompat!
* Perasaan benci dan marah.
- Nah, terima tumbukan aku ini.
- Cis, pergi dari sini!
* Perasaan sedih, kecewa dan memohon simpati.
- Aduhai, beginilah penyakitku!
- Aduhai, malang betul nasibku!
* Perasaan gembira
- Syabas, kamu menjadi johan dalam pertandingan tersebut!
* rasa sakit
- Aduh,pedih di mataku masih belum pulih lagi!
* Perasaan mengejek
- Amboi, hijau betul baju kamu ini!
- Amboi, kurus betul awak sekarang.
* rasa kesyukuran
- Syukur,mangsa tanah runtuh itu dapat diselamatkan!
Bentuk-bentuk Ayat
Ayat Tunggal/Ayat Selapis
-mengandungi hanya satu subjek dan satu predikat
Contoh: Pelajar itu mengulang kaji pelajaran.
(subjek) (predikat)
- ayat tunggal terdiri daripada dua bentuk, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
Ayat Majmuk/Ayat Berlapis
- hasil daripada cantuman/ gabungan beberapa ayat tunggal
a) Ayat Majmuk Gabungan
- gabungan dua atau lebih ayat tunggal.
- dihubungkan dengan kata hubung seperti serta, dan, atau, sambil, lalu, dan,tetapi dan sebagainya.
Contoh: Anak-anak yatim harus dibantu.
Anak-anak yatim harus diberi perhatian.
- Anak-anak yatim harus dibantu dan diberi perhatian.
b) Ayat Majmuk Pancangan
- mengandungi satu ayat induk dan satu/beberapa ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk.
* Ayat Majmuk Pancangan Relatif ( menggunakan kata relatif yang )
- pemancangan boleh berlaku di bahagian subjek atau predikat
Contoh : Narrul merawat kucing. ( Ayat Induk )
Kucing itu cedera. ( Ayat Kecil )
- Nazrul merawat kucing yang cedera itu.
Orang gila itu kotor. ( Ayat Induk )
Orang gila itu mengganggu orang ramai.
- Orang gila yang kotor itu mengganggu orang ramai.
* Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
- menggunakan kata komplemen untuk atau bahawa bagi menggabungkan ayat kecil
yang bersifat pelengkap dengan ayat induk
Contoh: Mereka mengunjungi stadium itu. ( Ayat Induk)
Mereka meraikan kedatangan alaf baru. ( Ayat Komplemen)
- Mereka mengunjungi stadium itu untuk meraikan kedatangan alaf baru.
* Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
- memberi keterangan lanjut kepada ayat
• keterangan waktu
- apabila, ketika, tatkala, sejak , sementara, setelah
* keterangan syarat
- jika, kalau, sekiranya
* keterangan musabab
- kerana, oleh sebab
* keterangan harapan
- agar, semoga, supaya
* keterangan cara
- dengan
* keterangan pertentangan
- walaupun, meskipun, sungguhpun
c) Ayat Majmuk Campuran
- terdiri daripada gabungan beberapa jenis ayat majmuk
Contoh: Zaid dan Zainal akan memasuki pertandingan itu jika diberi peluang.
Negara kita akan aman dan makmur sekiranya rakyat bersatu padu.
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
( P )
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
( korus )
( L )
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
( P )
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
( L )
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
( L & P )
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
( P )
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
( korus )
( L )
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
( P )
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
( L )
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
( L & P )
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
TEKA TEKI
JENIS TEKA TEKI
Terdapat pelbagai jenis teka-teki yang wujud dalam dunia ini. Berikut hanyalah sebahagian daripada jenis-jenis teka-teki tersebut :-
Teka-teki tradisional Melayu
Teka-teki tradisional Melayu terkandung dalam bahagian puisi Melayu. Teka-teki jenis ini mempunyai 4 baris rangkap pantun dengan rima "abab". Contoh teka-teki tradisional Melayu ialah :-
"Akulah bola tergantung tinggi,
Menjadi pujaan seekor burung;
Apabila aku tiada lagi,
Gelap gelita hidup pun murung."
Jawapan : Bulan
Teka-teki tradisional Melayu tersebut adalah berdasarkan kepada salah satu peribahasa Melayu iaitu "pungguk rindukan bulan".
Teka-teki biasa
Teka-teki biasa mempunyai jawapan yang logik dan relevan dengan kehendak soalan teka-teki itu. Contoh teka-teki biasa :-
"Ada 3 orang dalam sebuah kapal laut; seorang nabi, seorang maharaja dan seorang hamba abdi. Kapal laut itu pun tenggelam. Antara ketiga-tiga orang tersebut, yang mana satu meninggal dunia?"
Jawapan : Hamba abdi
Hamba abdi sahaja yang meninggal dunia. Ini kerana maharaja mangkat dan nabi wafat. Maharaja dan nabi tidak memerlukan istilah "meninggal dunia".
kambing mati , diikat dikayu mati , dipukul mati-mati,apakah bendanya?
jawapan:gendang
Teka-teki gurauan
Teka-teki gurauan ialah teka-teki yang bertujuan untuk bergurau sahaja dan kebiasaannya teka-teki jenis ini mempunyai jawapan yang tidak relevan dengan kehendak soalan teka-teki itu. Contoh teka-teki gurauan ialah :-
"2 darab 2 jadi 4. 4 tolak 1 jadi 3. Jika seminggu ada 7 hari, siapakah bapa Aminah?"
Jawapan : Seorang lelaki
Teka-teki jenis ini tidak begitu menarik dan kadang-kadang boleh mendatangkan kebosanan atau kemarahan.

BUKU SEJARAH MELAYU
Tun Sri Lanang Menulis Sulalatus Salatin Menjawab Sumpah
Palapa Gajah Mada Dan Imperialis Barat
Di daerah Samalanga, Acheh terdapat makam Tun Sri Lanang,
seorang bangsawan yang amat terkenal kerana menulis buku "Sulalatus
Salatin", juga dikenali sebagai "Sejarah Melayu".
Beliau adalah Bendahara Johor awal abad ke 17 tetapi ditawan
lalu dibawa ke Aceh bersama sejumlah bangsawan juga kerabat diraja malah Sultan
empayar Johor-Riau sendiri... oleh Sultan Iskandar Muda yang memerintah Aceh
1607-1636.
Tun Sri Lanang kemudian diangkat untuk menjadi raja bahawan
yang memerintah daerah (dahulu negeri) Samalanga lalu dipanggil Ampon Sheikh
Samalanga.
Ia adalah jawatan turun-temurun yang diwarisi keturunan
beliau di sini lalu makam mereka turut terdapat berdekatan makam Tun Sri
Lanang.
Seorang cucu perempuan Tun Sri Lanang pula berkahwin dengan
Sayyid Zainal Abidin Al-Idrus dari Aceh. Cucu Sayyid ini menjadi Bendahara
Johor bernama Tun Habib Abdul Majid yang mana anak cucu Bendahara ini kemudian
menjadi Sultan-sultan Terengganu, Johor dan Pahang hingga kini.
Tun Sri Lanang menulis Sulalatus Salatin @ Sejarah Melayu
400 tahun dulu bukanlah omongan kosong. Buku ini masih kekal relevan kepada
survival politik Melayu dan negara bangsa.
Walau Profesor Sejarah ada yang mengecilkan hasil kerja Tun
Sri Lanang namun WZWH berpendapat kita yang tahu dan mewarisi budaya Tun Sri
Lanang perlu mengatakan ini hasil kerja pakar yang profesional dalam bidang
politik yang kita boleh banggakan.
Seorang Bendahara yang amat terkenal, iaitu Bendahara Paduka
Raja Tun Muhammad anak kepada Tun Ahmad juga dikenali sebagai Tun Seri Lanang,
lahir pada tahun 1565 Masihi di Seluyut, Johor. Beliau menjadi Bendahara kepada
dua orang sultan bagi Kerajaan Johor Lama, iaitu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil
Shah II (1570-1597) dan Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597-1615M).
Sebelum peristiwa Aceh menyerang Johor dalam Perang Batu
Sawar pada tahun 1613 Masihi, Tun Seri Lanang telah dititahkan oleh Raja
Abdullah, adinda Sultan Alauddin untuk menyusun kitab Sulatus Salatin atau
Sejarah Melayu pada 13 Mei 1612 Masihi. Tun Seri Lanang ialah seorang genius
Melayu dan berbakat besar menghasilkan sebuah karya agung sehebat menulis
Sulalatus Salatin.
Pada ketika 500 tahun dulu 1511 Melaka jatuh ke tangan
Portugis dan disambung oleh Belanda pada 1641 dan diserang oleh Acheh apa
harapan Malay Kingdom-Johor mahu membangkitkan kembali semangat juang dan
motivasi hidup rakyatnya?
Ketika berlakunya Perang Batu Sawar pada tahun 1613, Tun
Seri Lanang dibawa ke Aceh sebagai tawanan bersama-sama Sultan Alauddin Riayat
Shah III, Sultan Johor-Riau, adinda Sultan, Raja Abdullah (Sultan Abdullah
Maayah Shah) dan kerabat diraja Johor serta 23,000 orang rakyat Johor.
Kedah, Perak, Pahang dan Johor mudah diratah oleh musuh
penakluk. Negara hancur porak peranda huru hara ekonomi sosial dan politik.
Negara ditawan, rakyat dikerah migrasi, keluarga raja dibawa pulang sebagai
hasil peperangan.
Apa yang tinggal harapan untuk rakyat? Rakyat perlukan hero.
Rakyat perlukan semangat. Rakyat perlukan pemimpin.
Sulalatus Salatin dalam bahasa Arab ialah "pertuturan
segala Raja-Raja" ialah Sejarah Melayu merupakan satu karya sejarah
mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu
Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu.
650 tahun dulu Gajah Mada, Amangkubhumi (Perdana Menteri)
Empayar Majapahit di zaman kegemilangan semasa Raja Hayam Wuruk memerintah
telah bersumpah Palapa yang berisi bahwa ia akan menikmati palapa atau
rempah-rempah (yang diertikan kenikmatan duniawi) bila telah berhasil
menaklukkan Nusantara.
“
|
Sira Gajah Mada pepatih amungkubumi tan ayun amukti
palapa, sira Gajah Mada: Lamun huwus kalah nusantara ingsun amukti palapa,
lamun kalah ring Gurun, ring Seram, Tañjungpura, ring Haru, ring Pahang,
Dompu, ring Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, samana ingsun amukti palapa
|
”
|
bila dialih-bahasakan mempunyai erti :
“
|
Beliau, Gajah Mada sebagai patih Amangkubumi tidak ingin
melepaskan puasa, Gajah Mada berkata bahwa bila telah mengalahkan (menguasai)
Nusantara, saya (baru akan) melepaskan puasa, bila telah mengalahkan Gurun,
Seram, Tanjung Pura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda, Palembang, Tumasik,
demikianlah saya (baru akan) melepaskan puasa
|
”
|
Gajah Mada memang hampir berhasil menaklukkan Nusantara.
Dimulai dengan penaklukan ke daerah Swarnnabhumi (Sumatera) tahun 1339, pulau
Bintan, Temasik (sekarang Singapura), Semenanjung Malaya, kemudian pada tahun
1343 menaklukan Bedahulu (di Bali) dan kemudian penaklukan Lombok, dan
sejumlah negeri di Kalimantan.
DS Najib pun patut ikut Gajah Mada bersumpah Palapa:
"Sira Najib Tun Razak pepatih amungkubumi tan ayun
amukti palapa, sira Najib Tun Razak: Lamun huwus kalah Pakatan Rakyat ingsun
amukti palapa, lamun kalah ring Kelantan, ring Pulau Pinang, ring Selangor,
ring Wilayah KL, ring Kedah, ring DAP, ring PKR, ring PAS, samana ingsun amukti
palapa".
Tun Sri Lanang boleh beri inspirasi kepada
cucu-cicitnya sedangkan sebagian keturunannya kembali ke Johor dan menjadi
bendahara (Perdana Menteri) di sana seperti Tun Abdul Majid yang menjadi
Bendahara Johor, Pahang Riau, Lingga (1688- 1697). Keturunan Tun Abdul Majid
inilah menjadi zuriat Sultan Trengganu, Pahang, Johor dan Negeri Selangor
hingga sekarang ini.
Di Aceh, Tun Seri Lanang dilantik menjadi Penasihat kepada
Sultan Kerajaan Islam Aceh Darussalam, iaitu Sultan Iskandar Muda (1607-1636M),
Sultan Iskandar Thani (1636-1641M) dan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah
(1641-1675M). Tun Seri Lanang juga diangkat menjadi Uleebalang (Raja) pertama
Samalanga; yang terletak di pesisir timur Aceh, pada tahun 1613 – 1659 Masihi
dan terus memerintah selama 40 tahun sehingga kematiannya pada tahun 1659 di
Lancok Samalanga, Aceh. Di Aceh, Tun Seri Lanang bergelar Orang Kaya Dato’
Bendahara Seri Paduka Tun Seberang.
Makamnya masih kekal di daerah Kota Blang, Samalanga
bersama-sama rumah pusaka tinggalannya. Ketokohan beliau sebagai wira,
pemerintah dan tokoh cendekiawan Nusantara memberikan sumbangan yang besar
kepada kerajaan Aceh, menukar Samalanga kepada pusat perkembangan dan
pendidikan Islam di kawasan timur Aceh selari dengan perkembangan sastera
hingga kini.
Tun Seri Lanang selalu berguru dengan ulama ulama terkenal
di Aceh, seperti Nurdin al-Raniri, Tun Acheh, Tun Burhat, Hamzah Fansuri, Syeikh
Syamsuddin al-Sumatrani. Hubungannya yang rapat dengan Syeikh Nuruddin
al-Raniri menarik kedua-duanya bertukar ilmu ajaran Islam yang dikuasai oleh
Syeikh Nuruddin, dan bahasa serta sastera Melayu yang dikuasai oleh Tun Seri
Lanang.
Subscribe to:
Comments (Atom)