Tun Sri Lanang Menulis Sulalatus Salatin Menjawab Sumpah
Palapa Gajah Mada Dan Imperialis Barat
Di daerah Samalanga, Acheh terdapat makam Tun Sri Lanang,
seorang bangsawan yang amat terkenal kerana menulis buku "Sulalatus
Salatin", juga dikenali sebagai "Sejarah Melayu".
Beliau adalah Bendahara Johor awal abad ke 17 tetapi ditawan
lalu dibawa ke Aceh bersama sejumlah bangsawan juga kerabat diraja malah Sultan
empayar Johor-Riau sendiri... oleh Sultan Iskandar Muda yang memerintah Aceh
1607-1636.
Tun Sri Lanang kemudian diangkat untuk menjadi raja bahawan
yang memerintah daerah (dahulu negeri) Samalanga lalu dipanggil Ampon Sheikh
Samalanga.
Ia adalah jawatan turun-temurun yang diwarisi keturunan
beliau di sini lalu makam mereka turut terdapat berdekatan makam Tun Sri
Lanang.
Seorang cucu perempuan Tun Sri Lanang pula berkahwin dengan
Sayyid Zainal Abidin Al-Idrus dari Aceh. Cucu Sayyid ini menjadi Bendahara
Johor bernama Tun Habib Abdul Majid yang mana anak cucu Bendahara ini kemudian
menjadi Sultan-sultan Terengganu, Johor dan Pahang hingga kini.
Tun Sri Lanang menulis Sulalatus Salatin @ Sejarah Melayu
400 tahun dulu bukanlah omongan kosong. Buku ini masih kekal relevan kepada
survival politik Melayu dan negara bangsa.
Walau Profesor Sejarah ada yang mengecilkan hasil kerja Tun
Sri Lanang namun WZWH berpendapat kita yang tahu dan mewarisi budaya Tun Sri
Lanang perlu mengatakan ini hasil kerja pakar yang profesional dalam bidang
politik yang kita boleh banggakan.
Seorang Bendahara yang amat terkenal, iaitu Bendahara Paduka
Raja Tun Muhammad anak kepada Tun Ahmad juga dikenali sebagai Tun Seri Lanang,
lahir pada tahun 1565 Masihi di Seluyut, Johor. Beliau menjadi Bendahara kepada
dua orang sultan bagi Kerajaan Johor Lama, iaitu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil
Shah II (1570-1597) dan Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597-1615M).
Sebelum peristiwa Aceh menyerang Johor dalam Perang Batu
Sawar pada tahun 1613 Masihi, Tun Seri Lanang telah dititahkan oleh Raja
Abdullah, adinda Sultan Alauddin untuk menyusun kitab Sulatus Salatin atau
Sejarah Melayu pada 13 Mei 1612 Masihi. Tun Seri Lanang ialah seorang genius
Melayu dan berbakat besar menghasilkan sebuah karya agung sehebat menulis
Sulalatus Salatin.
Pada ketika 500 tahun dulu 1511 Melaka jatuh ke tangan
Portugis dan disambung oleh Belanda pada 1641 dan diserang oleh Acheh apa
harapan Malay Kingdom-Johor mahu membangkitkan kembali semangat juang dan
motivasi hidup rakyatnya?
Ketika berlakunya Perang Batu Sawar pada tahun 1613, Tun
Seri Lanang dibawa ke Aceh sebagai tawanan bersama-sama Sultan Alauddin Riayat
Shah III, Sultan Johor-Riau, adinda Sultan, Raja Abdullah (Sultan Abdullah
Maayah Shah) dan kerabat diraja Johor serta 23,000 orang rakyat Johor.
Kedah, Perak, Pahang dan Johor mudah diratah oleh musuh
penakluk. Negara hancur porak peranda huru hara ekonomi sosial dan politik.
Negara ditawan, rakyat dikerah migrasi, keluarga raja dibawa pulang sebagai
hasil peperangan.
Apa yang tinggal harapan untuk rakyat? Rakyat perlukan hero.
Rakyat perlukan semangat. Rakyat perlukan pemimpin.
Sulalatus Salatin dalam bahasa Arab ialah "pertuturan
segala Raja-Raja" ialah Sejarah Melayu merupakan satu karya sejarah
mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu
Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu.
650 tahun dulu Gajah Mada, Amangkubhumi (Perdana Menteri)
Empayar Majapahit di zaman kegemilangan semasa Raja Hayam Wuruk memerintah
telah bersumpah Palapa yang berisi bahwa ia akan menikmati palapa atau
rempah-rempah (yang diertikan kenikmatan duniawi) bila telah berhasil
menaklukkan Nusantara.
“
|
Sira Gajah Mada pepatih amungkubumi tan ayun amukti
palapa, sira Gajah Mada: Lamun huwus kalah nusantara ingsun amukti palapa,
lamun kalah ring Gurun, ring Seram, Tañjungpura, ring Haru, ring Pahang,
Dompu, ring Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, samana ingsun amukti palapa
|
”
|
bila dialih-bahasakan mempunyai erti :
“
|
Beliau, Gajah Mada sebagai patih Amangkubumi tidak ingin
melepaskan puasa, Gajah Mada berkata bahwa bila telah mengalahkan (menguasai)
Nusantara, saya (baru akan) melepaskan puasa, bila telah mengalahkan Gurun,
Seram, Tanjung Pura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda, Palembang, Tumasik,
demikianlah saya (baru akan) melepaskan puasa
|
”
|
Gajah Mada memang hampir berhasil menaklukkan Nusantara.
Dimulai dengan penaklukan ke daerah Swarnnabhumi (Sumatera) tahun 1339, pulau
Bintan, Temasik (sekarang Singapura), Semenanjung Malaya, kemudian pada tahun
1343 menaklukan Bedahulu (di Bali) dan kemudian penaklukan Lombok, dan
sejumlah negeri di Kalimantan.
DS Najib pun patut ikut Gajah Mada bersumpah Palapa:
"Sira Najib Tun Razak pepatih amungkubumi tan ayun
amukti palapa, sira Najib Tun Razak: Lamun huwus kalah Pakatan Rakyat ingsun
amukti palapa, lamun kalah ring Kelantan, ring Pulau Pinang, ring Selangor,
ring Wilayah KL, ring Kedah, ring DAP, ring PKR, ring PAS, samana ingsun amukti
palapa".
Tun Sri Lanang boleh beri inspirasi kepada
cucu-cicitnya sedangkan sebagian keturunannya kembali ke Johor dan menjadi
bendahara (Perdana Menteri) di sana seperti Tun Abdul Majid yang menjadi
Bendahara Johor, Pahang Riau, Lingga (1688- 1697). Keturunan Tun Abdul Majid
inilah menjadi zuriat Sultan Trengganu, Pahang, Johor dan Negeri Selangor
hingga sekarang ini.
Di Aceh, Tun Seri Lanang dilantik menjadi Penasihat kepada
Sultan Kerajaan Islam Aceh Darussalam, iaitu Sultan Iskandar Muda (1607-1636M),
Sultan Iskandar Thani (1636-1641M) dan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah
(1641-1675M). Tun Seri Lanang juga diangkat menjadi Uleebalang (Raja) pertama
Samalanga; yang terletak di pesisir timur Aceh, pada tahun 1613 – 1659 Masihi
dan terus memerintah selama 40 tahun sehingga kematiannya pada tahun 1659 di
Lancok Samalanga, Aceh. Di Aceh, Tun Seri Lanang bergelar Orang Kaya Dato’
Bendahara Seri Paduka Tun Seberang.
Makamnya masih kekal di daerah Kota Blang, Samalanga
bersama-sama rumah pusaka tinggalannya. Ketokohan beliau sebagai wira,
pemerintah dan tokoh cendekiawan Nusantara memberikan sumbangan yang besar
kepada kerajaan Aceh, menukar Samalanga kepada pusat perkembangan dan
pendidikan Islam di kawasan timur Aceh selari dengan perkembangan sastera
hingga kini.
Tun Seri Lanang selalu berguru dengan ulama ulama terkenal
di Aceh, seperti Nurdin al-Raniri, Tun Acheh, Tun Burhat, Hamzah Fansuri, Syeikh
Syamsuddin al-Sumatrani. Hubungannya yang rapat dengan Syeikh Nuruddin
al-Raniri menarik kedua-duanya bertukar ilmu ajaran Islam yang dikuasai oleh
Syeikh Nuruddin, dan bahasa serta sastera Melayu yang dikuasai oleh Tun Seri
Lanang.





No comments:
Post a Comment